Pembantu Rumah Cambodia

Untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada pembantu rumah Indonesia, Danu Gemilang meneroka satu lagi sumber untuk mendapatkan bekalan tenaga kerja di sektor ini ia itu dari negara Kemboja (Cambodia). Kesemua pembantu rumah Kemboja yang dibawa masuk oleh Agensi adalah beragama Islam dan berketurunan Melayu Cham.
Sebenarnya Negara Kemboja telah lama termasuk di dalam senarai negara-negara sumber untuk pembantu rumah. Mungkin perbezaan budaya dan bahasa menyebabkan pembantu rumah Kemboja kurang mendapat perhatian dari majikan-majikan Malaysia.
Walau bagaimana pun mengikut pemerhatian dan pengalaman membawa masuk pembantu rumah Kemboja ini, jurang bahasa dan budaya tersebut boleh di adaptasi dengan baik oleh kedua-dua pihak. Pembantu rumah Kemboja cepat untuk belajar dan memahami bahasa Melayu di sebabkan bahasa Khmer mempunyai sedikit persamaan dengan bahasa Melayu. Tata bahasa yang sama memudahkan mereka untuk mempelajari bahasa Melayu.
Mengenali Negara Kemboja
Sejarah
Kerajaan Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan.

Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Orang Kemboja selalu menganggap diri mereka sebagai berketurunan Empayar Angkor (kerajaan Khmer) yang mencapai zaman kegemilangannya pada abad 10 hingga 13 masehi.
Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina. Walau bagaimana pun disebabkan ancaman dan serangan dua musuh utamanya ia itu Siam dan Cham (Vietnam) menyebabkan akhirnya ia menjadi lemah dan merosot. Pada tahun 1863 raja nya terpaksa meminta perlindungan daripada Peranchis dan pada tahun 1887 ia dengan rasminya menjadi French Indocina. Pada tahun 1953 Cambodia berjaya mendapat kemerdekaan dari Peranchis.
Pada tahun 1968 politik Kemboja kembali bergolak. General Lon Nol telah melakukan rampasan kuasa dan cuba untuk menubuhkan republik dengan menyingkirkan pemerintahan beraja. Raja Norodom Sihanouk telah mendapatkan perlindungan di luar negara. Walau bagaimana pun General Lon Nol mendapat penentangan dari berbagai pihak dan pemerintahan menjadi tidak stabil. Salah satu pihak yang menentangnya adalah Khmer Rouge.
Pada tahun 1975 selepas memerangi kerajaan selama lima tahun, pihak komunis berjaya merampas pemerintahan dari kerajaan. Phnom Penh jatuh ketangan Khmer Rouge. Pada mulanya rakyat menyambut kemenangan ini dengan perasaan gembira tetapi pihak Khmer Rouge telah memulakan program pembersihan dan balas dendam. Akibatnya lebih 1.7 juta penduduk Kemboja telah dibunuh dengan kejam oleh rejim komunis Khmer Rouge pimpinan Pol Pot. Kekejaman Khmer Rouge ini hanya berakhir apabila tentera Vietnam masuk dan menawan Phnom Penh pada 10 Januari 1979.
Keadaan yang tidak lagi stabil menyebabkan perang saudara di Cambodia berterusan selama 12 tahun. Akhirnya pada 1991 Perjanjian Damai Paris telah berjaya mencapai gencatan senjata dan seterusnya memberi mandat untuk melaksanakan satu pilihanraya umum dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tahun 1997, perang saudara berlaku sekali lagi tetapi dengan pilihanraya 1998 telah berjaya membentuk kerajaan campuran dan ini menstabilkan keadaan. Kini Negara Kemboja kembali menjadi aman.
Agama
Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi.

Tarikan Pelancong
Antara landskap yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonlé Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.

Bahasa
Bahasa Cham adalah satu bahasa yang agak luar biasa jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa Austronesian lainnya kerana bahasa ini berkembang dari tanah besar Asia. Bahasa ini tergolong didalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian (Austronesian).
Kira-kira dua ribu tahun yang lalu bahasa ini menjadi bahasa utama di Kesultanan Hindu Champa. Apabila kesultanan ini jatuh setelah ditewaskan oleh orang-orang Vietnam pada 1471, kebanyakan penduduknya berpindah ke tanah besar dan inilah permulaan bahasa cham di Kemboja yang juga bahasa sebilangan besar penduduknya sekarang. Penutur bahasa cham di Kemboja terdiri terutamanya kaum nelayan dan pedagang dipesisiran Kemboja dan Vietnam.
Bahasa Cham ini juga adalah salah satu bahasa yang mana penutur perempuannya berbeza dengan penutur lelaki. Dalam lain perkataan orang perempuan bercakap agak berbeza dengan orang lelaki! Orang lelaki, biasanya lebih berpelajaran dan celik huruf menggunakan bahasa persuratan Cham lama manakala orang perempuan yang secara tradisinya tidak diajar untuk membaca akan bercakap bahasa cham moden.
Ekonomi
Pada 2005, simpanan minyak petroleum dan gas asli telah ditemui di bawah laut Kemboja. Perlombongan minyak yang bakal bermula pada 2009 dijangka akan menghidupkan semula ekonomi Kemboja yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan dan pertanian.
Anda juga boleh membaca lebih lanjut mengenai masyarakat Islam (Melayu) di Kemboja di blog ini – questchammalays.