FAQs
Soalan 1
   
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan khidmat pembantu rumah daripada
agensi anda?

Anda boleh membuat pilihan dari biodata yang disediakan dilaman web ini dan  
kemudian mengisi borang permohonan secara online atau hubungi kami di nombor
telefon 03 87366873.
Soalan 2
   
Berapa lamakah kontrak perkhidmatan seorang pembantu
rumah?

Kontrak pembantu rumah yang dibekalkan oleh kami adalah untuk tempoh 2 tahun
tetapi ianya boleh diperpanjangkan sekiranya terdapat persetujuan bersama
diantara majikan dan pembantu rumah.
Soalan 3
Adakah pembantu rumah saya akan di insuran kan dan apakah perlindungan
akan saya dapat?

Pembantu rumah puan akan di lindungi dengan insuran  . Sila hubungi kami untuk
mengetahui  faedah-faedah dan perlindungan yang puan serta pembantu rumah
puan akan dapat.
Soalan 4
Adakah taraf kesihatan pembantu rumah saya terjamin?

Pembantu rumah anda akan di hantar untuk medical check up dengan klinik yang
diiktiraf oleh
Foreign Worker's Medical Examination Monitoring Agency
(FOMEMA) sebaik tiba di Malaysia. Ini untuk memastikan pembantu yang akan
bekerja di rumah anda adalah bebas dari sebarang penyakit berjangkit.
Soalan 5
Bagaimana sekiranya pembantu rumah saya yang baru tiba tersebut tidak
lulus ujian kesihatan oleh FOMEMA?

Anda akan diberi gantian pembantu baru.
Soalan 6
Bolehkah saya menyambung khidmat pembantu rumah saya untuk tahun
berikutnya sekiranya pasport pembantu rumah saya akan tamat tempoh?

Anda masih boleh menyambung khidmat pembantu rumah anda sekiranya anda
dapat memperbaharui pasport pembantu rumah anda. Agensi kami menyediakan
khidmat memperbaharui (renew) pasport pembantu rumah. Sila hubungi kami untuk
maklumat lanjut.
 
MOHON SEKARANG