Budaya Yang Berbeza

Mempelajari sesuatu yang kelihatan remeh tetapi perlu akan
membantu untuk menempatkan orang yang tepat di tempatnya.
Dengan  itu mengenali watak sebahagian dari orang yang kita anggap
sebagai serumpun dengan kita akan dapat menolong  dalam memilih
dan mengurus orang yang kita ambil untuk bekerja dan tinggal di
dalam  rumah kita.

Indonesia terdiri dari pelbagai suku bangsa dan setiap suku bangsa ini
mempunyai watak yang tersendiri. Pembentukan watak ini dipengaruhi
oleh kepercayaan, persekitaran(lingkungan), sejarah, pola makanan,
bentuk muka bumi dan sebagainya

Sesuatu yang baik bagi rakyat Malaysia belum tentu baik bagi mereka,
dan begitulah sebaliknya.

Hakikatnya  pembantu rumah Indonesia di Malaysia mendapat layanan
yang jauh lebih baik dari majikan berbanding dengan mereka yang
bekerja di negara mereka sendiri. Pembantu rumah di Malaysia makan
apa yang kita makan, tidur di bilik yang selesa, cuci baju
menggunakan mesin basuh, masak menggunakan dapur gas/elektrik,
pergi kemana-mana bersama majikan malahan boleh makan semeja
dengan majikan.

Adakah layanan sebegini akan dinikmati sekiranya bekerja di negara
sendiri? Sedangkan hakikatnya pembantu rumah di Indonesia makan
tidak menentu, seringkali lauk majikan tidak sama dengan lauk
pembantu. Selagi kerja tidak diselesaikan jangan harap dapat berehat,
cuci baju dengan tangan, kalau majikan makan pembantu berdiri di
tepi meja menunggu arahan. Kalau dipanggil majikan dijawab dengan
sopan, 'ya pak' 'ya bu' 'ya tuan' ' ya nyonya'. Kalau lalu di depan
majikan tunduk dengan hormat dan semakin kaya majikannya semakin
tunduk dan semakin sopan bila bercakap.

Pendek kata dengan gaji yang murah sekitar Rp100 hingga Rp200
ribu sebulan mereka memberikan perkhidmatan kelas pertama yang
kerjanya tidak tertanggung oleh badan mereka.

Persoalannya mengapa mereka begitu patuh walau diperlakukan
sedemikian rupa ? Sedangkan apabila bekerja di Malaysia dengan gaji
yang mahal dan dilayan begitu berhemah oleh majikan mereka
memberikan perkhidmatan yang begitu mengecewakan. Kenapa wujud
watak yang berbeza bagi jawatan yang sama didua tempat yang
berbeza.

Terdapat banyak sebab yang mempengaruhi perlakuan manusia
tetapi kebanyakan majikan di Malaysia tidak begitu memahami watak
dan sikap suku bangsa yang boleh bekerja sebagai pembantu rumah.

Majikan di Indonesia hanya mengambil suku bangsa Jawa  dan suku
bangsa Sunda sebagai pembantu rumah kerana mereka mempunyai
watak dan sikap yang sesuai dengan pekerjaan itu. Di Indonesia kita
akan melihat sesuatu pekerjaan adalah berdasarkan kepada sesuatu
bangsa. Contohnya orang Jawa dan Sunda sebagai pembantu rumah,
orang Padang berniaga, orang Batak pemandu bas mini, pengawal
pusat hiburan, penagih hutang, orang Nusa Tenggara Timur, Lombok
dan sekitarnya sesuai di sektor perladangan dan pembinaan.

Majikan perlulah memahami  dan mempelajari serta mengenali  siapa
yang sebenarnya dikatakan pembantu rumah Indonesia. Perkara
utama yang perlu diketahui majikan adalah kebanyakan pembantu
rumah Indonesia mempunyai tahap pendidikan yang rendah, berasal
dari kampung yang mundur dan miskin.

Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat
memahami sesuatu arahan dengan tepat dan cepat. Mereka juga
kurang memahami Bahasa Indonesia dan kebanyakan mereka
menggunakan bahasa daerah sebagai bahasa utama. Untuk
memahami bahasa mereka sahaja susah apatah lagi memahami
bahasa orang lain. Jika kesilapan yang dibuat berulang-ulang maka
kemungkinan besar ia berpunca dari masalah komunikasi.

Seperkara yang perlu diambil perhatian adalah hubungan antara
majikan dan pembantu rumah haruslah dikekalkan sebagai  sebagai
hubungan pekerja dan majikan. Mereka  wajar dihormati tetapi
kebaikan anda sebagai majikan perlulah ada sempadannya.

BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI!
Tips
PEMBANTU RUMAH
CARI KERJA
Copyright © 2009 Agensi Pekerjaan Danu Gemilang Sdn Bhd. All rights reserved.